Waris pemandu lori kurier maut kemalangan terima faedah Perkeso

Sing Chuang (dua,kiri) bersama Suhaimi (kiri) dan Yahya ketika menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa di Rumah Pangsa Serantau Baru di sini pada Khamis. (Gambar kecil, Mohd Mustaqim)
Sing Chuang (dua,kiri) bersama Suhaimi (kiri) dan Yahya ketika menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa di Rumah Pangsa Serantau Baru di sini pada Khamis. (Gambar kecil, Mohd Mustaqim)
A
A
A

JOHOR BAHRU - Nasib keluarga pemandu lori sebuah syarikat kurier yang maut dalam satu kemalangan pada Selasa lalu terbela apabila menerima bayaran faedah orang tanggungan (FOT) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Pengarah Perkeso Johor, Tong Sing Chuang berkata, bayaran FOT bagi mangsa, Mohamad Mustaqim Ismadi, 23, itu akan diberikan selama seumur hidup kepada waris yang dipersetujui.

“Berdasarkan daripada semakan, mangsa ada membuat caruman dan membolehkan warisnya menerima pencen bulanan bernilai RM1,333.50 untuk seumur hidup.

“Selain itu, mangsa juga akan menerima satu lagi faedah iaitu bantuan wang secara ‘one off’ sebanyak RM2,000 untuk pengurusan jenazah,” katanya ketika ditemui semasa melawat keluarga mangsa di Rumah Pangsa Serantau Baru, Larkin di sini pada Khamis.

Hadir sama dalam lawatan itu, Ketua Balai, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal dan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Johor Bahru, Datuk Yahya Jaafar.

Media sebelum ini melaporkan Mohamad Mustaqim maut dalam satu kemalangan di Jalan Tasik Utara, Larkin di sini pada Selasa.

Dalam kemalangan kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang sedang bertugas menghantar barangan kepada pelanggan dipercayai tersepit selepas lori dipandunya terbabas lalu melanggar pokok di kawasan berhampiran sebelum terbakar.

Artikel Berkaitan:

Mohd Mustaqim
Mohd Mustaqim

Sementara itu, ibu mangsa, Maglita Varshay Ibrahim, 49, berkata, anaknya itu merupakan seorang yang periang dan sentiasa disenangi oleh orang sekelilingnya.

“Sepanjang hayatnya, Mohamad Mustaqim memang seorang yang baik, saya tidak sangka dia akan pergi dahulu. Cuma akhir-akhir ini dia banyak bercerita mengenai agama.

“Sebenarnya saya baru kehilangan kakak akibat Covid-19 empat bulan lepas. Ketika itu memang dia yang banyak menasihati saya untuk kurang bersedih dah terima pemergian orang yang sudah tiada. Sekarang baru saya faham, mungkin dia juga mahu saya rasa sebegitu selepas dia pergi,” katanya.