Beberapa kawasan di Johor Bahru dilanda banjir kilat

Kampung Pasir Johor Bahru dinaiki air pada awal pagi Khamis.
Kampung Pasir Johor Bahru dinaiki air pada awal pagi Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU- Hujan lebat hampir sejam mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar bandar raya ini dilanda banjir.

Antara kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir pada jam 6 pagi itu ialah Kampung Melayu Majidee, Kempas Lurah, Taman Skudai Baru, Taman Johor Jaya, Kampung Ibu, Kolam Air, Kempas Denai, Kempas Permatang, Kampung Pasir, Kampung Laut Skudai dan Kampung Kangkar Tebrau.

Anggota bomba melakukan pemantauan di Kampung Pasir Johor Bahru yang dinaiki air pada awal pagi Khamis.
Anggota bomba melakukan pemantauan di Kampung Pasir Johor Bahru yang dinaiki air pada awal pagi Khamis.

Akibat kejadian itu, berlaku kesesakan lalu lintas selain menyebabkan beberapa kenderaan terkandas.

Namun, setakat ini tiada pusat pemindahan yang dibuka.

Artikel Berkaitan: