Lima lagi PPS baharu dibuka di Kedah

Lima lagi PPS dibuka, menjadikan keseluruhan 15 PPS terdapat di Kedah yang menempatkan 264 mangsa banjir daripada 99 keluarga setakat 8 pagi ini. - Foto Bernama
Lima lagi PPS dibuka, menjadikan keseluruhan 15 PPS terdapat di Kedah yang menempatkan 264 mangsa banjir daripada 99 keluarga setakat 8 pagi ini. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Lima lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka, menjadikan keseluruhan 15 PPS terdapat di Kedah yang menempatkan 264 mangsa banjir daripada 99 keluarga setakat 8 pagi ini.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata PPS itu melibatkan empat di daerah Baling manakala selebihnya di Sik.

"Empat PPS di Baling ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Parit Panjang, Surau Barakah Tembak B dan Kampung Padang Kupang manakala satu PPS lagi dibuka di SK Sik," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Saifuddin berkata, sebanyak 12 PPS beroperasi di Baling keseluruhannya yang menempatkan 235 mangsa daripada 89 keluarga manakala di Sik pula melibatkan 19 mangsa daripada empat keluarga yang ditempatkan di SK Gulau dan SK Sik.

"Jumlah mangsa banjir di Padang Terap berkurangan kepada 10 orang daripada enam keluarga yang berada di SK Bukit Tampoi," katanya.

Lapan PPS lain yang masih aktif di Baling ialah SK Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom dan Maktab Mahmud Baling. -Bernama

Artikel Berkaitan: