X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

A
A

RINGGIT susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Khamis berikutan kekurangan minat belian, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi ini, ringgit berada di paras 4.1870/1890 berbanding dolar AS daripada 4.1830/1855 pada akhir urus niaga semalam.

Menurut peniaga, kekurangan pemangkin pasaran selain prestasi dolar AS yang mengukuh susulan peningkatan hasil Perbendaharaan negara maju itu, hanya mengheret turun prestasi ringgit dalam sesi awal pada Khamis.

“Bagaimanapun, harga minyak mentah Brent yang meningkat dapat mengekang penurunan ringgit,” katanya.

Setakat pagi ini, Brent yang juga penanda aras global, naik 0.28 peratus kepada AS$78.86 (RM330) setong.

Selain itu, ringgit mencatat prestasi lebih mengukuh berbanding kelompok mata wang utama lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0760/0777 daripada 3.0821/0844 semalam dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6277/6304 daripada 5.6579/6613, sebelum ini.

Unit tempatan itu juga meningkat berbanding euro kepada 4.8586/8609 daripada 4.8799/8828 semalam dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7417/7435 daripada 3.7586/7609. -Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!