Lebuhraya CSR dirasmikan 7 Oktober ini

Wan Rosdy ketika melakukan lawatan ke Central Spine Road (CSR) di kawasan Mempaga, Bentong. - Foto ihsan Facebook Wan Rosdy
Wan Rosdy ketika melakukan lawatan ke Central Spine Road (CSR) di kawasan Mempaga, Bentong. - Foto ihsan Facebook Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Projek Central Spine Road (CSR) subpakej 5C dari Kampung Asap-Kampung Sertik di Bentong dan 5D Bentong Bypass sejauh 28.5 kilometer yang siap dibina, akan dirasmikan pada 7 Oktober ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kedua-dua subpakej ini adalah sebahagian daripada keseluruhan projek CSR bebas tol sepanjang 350 kilometer antara Kuala Krai, Kelantan hingga ke daerah Bentong.

"Saya bangga kerana projek bernilai kira-kira RM8.7 bilion ini tercetus dan telah dilaksanakan sejak Kerajaan Persekutuan di bawah teraju Barisan Nasional (BN).

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2025 seperti yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 baru-baru ini,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya pada Khamis.

Beliau yakin projek CSR ini dapat memendekkan masa dan mempercepatkan perjalanan dan memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.

Tambahnya, ia juga dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk setempat menerusi penyediaan infrastruktur berkualiti ke kawasan-kawasan terlibat.

Artikel Berkaitan: