Dua ditahan sorok 70 pil yaba, empat botol air ketum

Antara barangan rampasan dalam serbuan awal pagi Khamis di di sebuah rumah Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang.
Antara barangan rampasan dalam serbuan awal pagi Khamis di di sebuah rumah Kampung Gual Sitok, Rantau Panjang.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Sebanyak 70 biji pil yaba yang disorok dan empat botol air ketum ditemui Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 Kuantan dalam satu serbuan di sebuah rumah Kampung Gual Sitok, di sini.

Dalam serbuan jam 1 pagi pada Khamis itu turut menahan dua lelaki berusia 28 dan 16 tahun yang berada di bahagian dapur rumah berkenaan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7 Kuantan, Superitendan Azhari Nusi berkata, hasil pemeriksaan telah menjumpai empat botol air ketum dalam anggaran 5.75 liter di atas lantai bahagian dapur dalam rumah tersebut.

"Selepas disoal siasat, salah seorang daripada pemuda berkenaan membawa kami bersama saksi-saksi polis ke bahagian bawah sebuah rumah yang berdekatan dengan rumah kedua-dua pemuda itu dan menunjukkan lokasi pil yaba disorokkan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, ujian urin kedua-dua pemuda berkenaan mendapati, mereka positif dadah jenis methamphetamine. Kedua-duanya ditahan untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan rampasan adalah sebanyak RM740 dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Artikel Berkaitan: