Keringat petugas barisan hadapan terus dihargai

Pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda membeli bekalan berbentuk makanan dan minuman sejuk daripada penyewa runcitnya untuk disumbang kepada warga kerja Hospital Putrajaya.
Pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda membeli bekalan berbentuk makanan dan minuman sejuk daripada penyewa runcitnya untuk disumbang kepada warga kerja Hospital Putrajaya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pusat Beli-Belah Alamanda menyambut ketibaan Hari Malaysia pada tahun ini dengan memperingati keringat dan pengorbanan warga kerja barisan hadapan Hospital Putrajaya yang sehingga kini berhempas pulas dalam memberi perkhidmatan terbaik.

Bekalan makanan bernilai RM10,000 disumbangkan oleh pusat beli-belah itu kepada Hospital Putrajaya pada 22 September lalu.

Ketua Pegawai Esekutif Suria KLCC Sdn Bhd, Andrew Brien berkata, ia merupakan sumbangan ketiga tahun ini dan kesinambungan tema 'We Are With You' yang akan terus diperkasa untuk membantu pejuang barisan hadapan negara.

“Hari Malaysia adalah sambutan yang perlu diwacanakan sebagai titik penilaian aspek kemanusiaan dari sudut lebih dalam. Seiring usaha rakyat Malaysia yang terus melawan wabak Covid-19, sokongan yang konsisten buat petugas barisan hadapan tidak boleh diambil mudah.

"Lanjutan dari kerjasama murni dan sifat bermurah hati dalam kalangan pelbagai pihak ini secara tidak langsung akan terus memberikan semangat dan kecekalan untuk kita bersatu hati meneruskan perjuangan melawan pandemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Pengarah Hospital Putrajaya, Datuk Dr Nora’I Mohd Said amat menghargai sumbangan yang diterima itu.

“Saya mewakili seluruh warga kerja dan rakan seperjuangan ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan Pusat Beli-Belah Alamanda di atas inisiatif murni dalam menghulurkan bantuan khususnya di kala tempoh getir ini untuk ramai pihak,” katanya.

Artikel Berkaitan: