Barcelona tunduk mengalah di Benfica

Pemain-pemain Benfica meraikan kejayaan mengalahkan Barcelona dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. - Foto Benfica FC
Pemain-pemain Benfica meraikan kejayaan mengalahkan Barcelona dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara. - Foto Benfica FC
A
A
A

GERGASI Sepanyol, Barcelona terus mempamerkan aksi longlai pada saingan Liga Juara-Juara apabila diaibkan 3-0 kelab Portugal, Benfica perlawanan Kumpulan E di Estádio la Luz.

Kekalahan kedua selepas dibelasah gergasi Jerman, Bayern Munich, 3-0 dalam aksi di Camp Nou menyaksikan skuad Ronald Koeman terperosok di kedudukan tercorot kumpulan tanpa sebarang mata enam mata dibelakang pendahulu Bayern Munich, empat mata dipisahkan dengan Benfica.

Prestasi tidak menentu Barca di saingan domestik dan Eropah menyaksikan Koeman terus menerima tekanan daripada penyokong-penyokong kelab Catalan tersebut supaya meletakan jawatan.

"Pada pengakhirannya bagi mereka cukup mudah apabila mendesak penyingkiran pengendali, tapi sebenarnya kami semua yang bertanggungjawab terhadap kekalahan ini dan sejujurnya Barcelona dalam situasi kritikal.

"Kami baru mengharungi dua perlawanan peringkat kumpulan, dan perlu fokus dan bangkit baki perlawanan.

"Kami perlu menang dua baki perlawanan, namun perlu bermula dengan menentang Dynamo Kiev sebelum dua perlawanan selepas itu. Saingan kejuaraan masih panjang, pemain-pemain Barca perlu positif," ujar kapten Barcelona, Sergio Busquets.

Pada perlawanan itu, gol tuan rumah dijaringkan Darwin Nunez (3', 79') dan Rafa Silva (69') sebelum pelawat terpaksa beraksi 10 pemain selepas Eric Garcia diarah meninggalkan padang apabila menerima kad kuning kedua pada minit ke-87.

Artikel Berkaitan: