Tuduhan salah guna kuasa USAS: Gesa permohonan maaf dalam 7 hari


Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menafikan laporan berita salah sebuah portal tempatan mendakwa pihaknya bersekongkol dengan ahli politik tertentu bersabit pendedahan salah urus tanah milik universiti itu. Gambar kecil: Mohd Zulfahmi
Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menafikan laporan berita salah sebuah portal tempatan mendakwa pihaknya bersekongkol dengan ahli politik tertentu bersabit pendedahan salah urus tanah milik universiti itu. Gambar kecil: Mohd Zulfahmi
A
A
A

KUALA KANGSAR - Kesatuan Kakitangan Akademik Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) menafikan laporan berita salah sebuah portal tempatan mendakwa pihaknya bersekongkol dengan ahli politik tertentu bersabit pendedahan salah urus tanah milik universiti itu.

Presidennya, Mohd Zulfahmi Mohamad berkata, pihaknya melahirkan rasa kesal terhadap penyebaran fitnah tersebut yang mengaitkannya selaku Presiden dan Timbalan Presiden, Dr Faizal Abd Khir.

"Untuk makluman, barisan kepimpinan Kesatuan Kakitangan Akademik telah dan sentiasa berusaha mengembalikan suasana harmoni dengan kepimpinan utama USAS serta Ahli Lembaga Universiti.

"Bahkan setelah berita ini tersebar, pihak Kesatuan Kakitangan Akademik telah bertemu dan memaklumkan kepada Yang Berbahagia Naib Canselor hasrat bagi membuat kenyataan media ini bagi menjawab fitnah ini," katanya dalam satu kenyataan media, di sini.

Tambahnya lagi, Kesatuan Kakitangan Akademik USAS juga melahirkan rasa kesal atas tuduhan berterusan yang mengaitkan mereka dengan penghantaran memorandum bersama yang dihantar ke Pejabat Perdana Menteri baru-baru ini.

"Pihak kami menafikan kaitan dengan dakwaan tersebut dan suka diingatkan di sini, pihak Kesatuan Kakitangan Akademik telah mencapai persetujuan bagi menyatakan sokongan kepada Naib Canselor bagi terus mengemudi USAS.

"Satu laporan polis telah dibuat bersabit penulisan artikel tersebut dan sehubungan dengan itu, pihak Kesatuan Kakitangan Akademik mendesak penulis artikel tersebut memohon maaf secara rasmi kepada pihak Kesatuan Kakitangan Akademik dan menarik balik artikel tersebut dalam tempoh tujuh hari dari tarikh kenyataan media ini dibuat," katanya.

Artikel Berkaitan: