Liverpool perlu lebih bagus lagi: Klopp

Mohamed Salah (dua dari kanan) meraikan jaringan pembukaan Liverpool ketika menentang Porto di Stadium Dragao.
Mohamed Salah (dua dari kanan) meraikan jaringan pembukaan Liverpool ketika menentang Porto di Stadium Dragao.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp masih belum berpuas hati dengan persembahan para pemainnya walaupun berjaya membelasah Porto 5-1 dalam aksi Liga Juara-Juara di Estadio do Dragao pada awal pagi Rabu.

Menurut Klopp, The Reds perlu lebih bagus dengan beberapa kelemahan dikenal pasti sebelum aksi lebih penting bertemu Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Ahad.

“Apabila perlawanan bermula, kami tahu Porto telah menyaksikan aksi terakhir kami ketika seri dengan Brentford. Mereka bermula dengan baik.

“Kami perlu bergelut terlebih dahulu, tetapi ia sesuatu yang sangat penting. Saya mahu melihat mereka menyesuaikan diri dengan keadaan di atas padang. Itu yang mereka lakukan hari ini dan kami berjaya tampil lebih baik sedikit demi sedikit.

“Mungkin kami tidak jaringan gol cantik pada separuh masa pertama, tetapi kami jaringkan gol penting. Pada separuh masa kedua sangat jelas kami mengawal perlawanan.

“Momentum kemenangan ini mungkin boleh membantu pasukan, tetapi ia tidak akan memberikan banyak kesan ketika menentang City.

“Ketika menentang City, kami perlukan lebih daripada sekadar momentum. Kami perlu bermain lebih baik daripada apa yang kami lakukan malam ini,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Mohamed Salah dan Roberto Firmino masing-masing meledak dua gol selain Sadio Mane yang turut menemui jaringan untuk kemenangan besar The Reds manakala, gol saguhati Porto pula dijaringkan oleh Mehdi Taremi pada separuh masa kedua.

Artikel Berkaitan: