Peminjam masih ada kewangan kukuh: BNM

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebahagian besar peminjam isi rumah di negara ini masih mempunyai kedudukan kewangan kukuh dan mencukupi dalam berdepan kesan negatif pandemik Covid-19, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu dalam Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Pertama 2021 berkata, hanya sebilangan daripada peminjam isi rumah yang berdepan tekanan kewangan.

Namun begitu, ia menegaskan pemberian bantuan pembayaran balik pinjaman menyokong mereka yang berdepan tekanan.

Katanya, data menunjukkan penampan kewangan keseluruhan isi rumah di negara ini kekal kukuh dengan kedudukan 2.2 kali nisbah aset kewangan kepada hutang dan 1.5 kali nisbah kecairan aset kewangan kepada hutang.

Selain itu, beberapa tinjauan baru-baru ini serta hasil pemerhatian menunjukkan kira-kira sepertiga peminjam yang memohon bantuan bayaran balik pinjaman, menggunakan bantuan ini sebahagiannya untuk membina penampan sebagai langkah berjaga-jaga dan sebahagian yang lebih kecil adalah untuk pelaburan dalam pasaran ekuitiNamun begitu, kadar pertumbuhan tahunan pinjaman perumahan kepada pemilik rumah yang menduduki hartanah masih mengatasi dedahan kepada pelabur isi rumah.

Setakat ini, pelabur isi rumah sebahagian besarnya terdiri daripada kalangan individu berpendapatan tinggi yang lazimnya lebih mampu bertahan sekiranya berlaku kejutan pendapatan, kata BNM. - Bernama

Artikel Berkaitan: