Pemasangan mesin ATM tertakluk kepada industri perbankan

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemasangan mesin juruwang automatik (ATM) di kawasan bandar atau luar bandar adalah tertakluk kepada pihak industri perbankan, kata Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa.

Katanya, ini kerana langkah itu perlu mengambil kira pelbagai faktor termasuk kos penyelenggaraan ATM dan tahap penggunaan sebagai justifikasi bagi pemasangan ATM di sesebuah kawasan.

"Bagaimanapun, jika terdapat keperluan khusus, kerajaan akan akan berbincang dengan pihak industri bank untuk memberi pertimbangan membuka ATM," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) mengenai cadangan pemasangan ATM bagi memberikan kemudahan tunai khususnya kepada penduduk di luar bandar.

Menurut Yamani Hafez, sejak Covid-19 melanda negara, inisiatif peralihan kepada e-pembayaran atau pembayaran tanpa tunai telah mendapat sambutan memberangsangkan bagi memudahkan proses e-pembayaran dalam sektor awam.

Artikel Berkaitan: