Dapatkan nasihat dan pandangan menyeluruh

Aswannudin Hariffudin
Aswannudin Hariffudin
A
A
A

IPOH - Majlis Belia Negeri (MBN) Perak menyokong pandangan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu agar mendapatkan nasihat pihak berkepentingan sebelum melaksanakan had masa pusat hiburan.

Presidennya, Aswannudin Hariffudin berkata, bagaimanapun pendekatan holistik perlu dilakukan dengan mencadangkan Kerajaan Perak bukan sahaja mendapat pandangan pihak berkuasa tempatan (PBT) semata-mata.

Beliau berkata, pihaknya mencadangkan agar bengkel yang melibatkan PBT, tokoh agamawan, ahli akademik dalam bidang sosiologi, agensi penguatkuasaan, aktivis sosial dan belia supaya keputusan tuntas dapat dicapai.

"Kita senantiasa berpegang kepada prinsip mencegah lebih baik daripada mengubati. Hiburan adalah lumrah kepada setiap manusia yang normal kerana manusia memerlukan hiburan. Tetapi apa yang perlu dihentikan adalah hiburan yang melampau dan terlampau.

"Dengan pendekatan mendengar pandangan daripada setiap pemegang taruh yang kita nyatakan tadi, kita yakin penyelesaian bersama dapat dicapai dan tiada polemik akan berlaku selepas suatu penilaian dilakukan secara bersama," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan pelaksanaan had masa pusat hiburan yang dicadangkan Ahmad Faizal.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kaji cadangan had masa pusat hiburan]

Terdahulu, Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menjelaskan cadangan untuk mewajibkan semua pusat hiburan di Wilayah Persekutuan ditutup pada pukul 1 pagi mula tahun depan akan ditentukan dalam mesyuarat Majlis Menteri yang dijadualkan pada Januari depan.

Artikel Berkaitan:

[ARTIKEL BERKAITAN: Waktu operasi baharu pusat hiburan ditentukan Majlis Menteri]

Aswannudin berkata, MBN Perak membaca dengan teliti pandangan Khalid dan Ahmad Faizal berhubung cadangan mengehadkan masa operasi pusat hiburan yang mana kedua-dua kenyataan itu mempunyai kebaikan serta keburukan.