Skuad Angkat Berat Kebangsaan dibubar

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju membubarkan skuad angkat berat kebangsaan sedia ada, susulan kes doping membabitkan dua atlet negara baru-baru ini.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat berkata, persetujuan itu dicapai melalui Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) MSN pada 20 Sept lepas, sekali gus menyaksikan kesemua empat jurulatih dan 13 atlet terlibat akan diberikan notis penamatan kontrak berkuat kuasa pada 1 November depan.

Beliau berkata, keputusan itu bagi membolehkan pencarian atlet berpotensi untuk diserapkan ke dalam skuad baharu, dalam usaha PABM memperbaiki imej persatuan dan sukan tersebut di negara ini.

“Skuad kebangsaan yang bakal dibentuk pada masa akan datang akan memfokuskan kepada kelayakan dan pemburuan tempat ke Sukan Komanwel 2022, dan seterusnya menghadiahkan pingat buat negara.

“Satu kejohanan pemilihan atlet untuk ke pasukan kebangsaan akan diadakan pada Oktober, atlet terbaik serta mampu menghasilkan pingat buat negara pada Sukan Komanwel akan diserapkan dalam skuad baharu ini,” katanya pada sidang media di sini pada Rabu.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan: