Kehilangan AS$6.94 juta: Jabatan Peguam Negara terima kertas siasatan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan telah menerima kertas siasatan berkaitan kehilangan wang AS$6.94 juta daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

AGC dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Pendakwaan AGC memaklumkan kertas siasatan itu diterima pada Selasa.

"Bahagian ini akan mengkaji dengan teliti dan menyeluruh sebelum sebarang keputusan sama ada untuk membuat pertuduhan atau mengeluarkan arahan untuk siasatan lanjut," kata kenyataan itu pada Rabu.

SPRM sebelum ini mengesahkan penahanan tiga pegawainya bagi membantu siasatan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Pada Ogos 2018, SPRM membuat penggeledahan dan merampas sejumlah wang tunai dolar Amerika Syarikat dari sebuah unit kondominium di Cyberjaya.

Pada 12 April lalu, Hasanah dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada pertuduhan melakukan pecah amanah AS$12.1 juta (RM50.4 juta) milik kerajaan Malaysia.

Beliau dilapor mahu menuntut semula wang berkenaan daripada SPRM, namun didakwa hanya tinggal sebahagian duit dan duit palsu.

Artikel Berkaitan: