X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 25 Mei 2022

Tak puas hati rambut gugur, pengusaha salon diserang, diugut bunuh

Gambar hiasan
A
A

KLANG - Dua lelaki ditahan kerana disyaki mengugut dan menyerang seorang pemilik salon menggunakan parang serta pisau lipat di sebuah salon kecantikan di Jalan Dato Dagang, Taman Sentosa di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, sebelum kejadian, mangsa wanita berusia 25 tahun itu bertikam lidah dengan seorang pelanggan yang tidak berpuas hati kerana mendakwa mengalami keguguran rambut selepas menerima rawatan daripada mangsa.

“Semasa mangsa berada di salon lebih kurang jam 2.15 petang pada Isnin telah datang pelanggan itu bersama ibu dan kakaknya mengamuk dan bertengkar di dalam salon rambut mangsa, kemudian datang dua lelaki tidak dikenali dengan parang dan pisau lipat.

“Lelaki yang memegang parang telah menendang belakang mangsa dan mengugut mahu membunuh mangsa manakala lelaki yang memegang pisau pula telah cekak leher mangsa dengan kuat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Shamsul Amar berkata, kedua-dua suspek yang berusia 34 dan 37 tahun itu ditahan secara berasingan oleh sepasukan polis dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada Selasa.

Tambahnya, hasil soal siasat, suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut manakala semakan mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod lampau.

“Suspek direman selama dua hari bermula 29 September (Rabu) sehingga Khamis dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!