X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

PGA gagalkan cubaan seludup musang, karkas babi

Azhari menunjukkan karkas babi hutan dan musang pulut yang cuba diseludup ke negara jiran.
A
A

RANTAU PANJANG - Cubaan seorang lelaki menyeludup karkas babi hutan dan musang pulut ke negara jiran menggunakan kereta jenis Proton Iswara gagal apabila ditahan anggota Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan pada Selasa.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan semasa memandu kereta pada jam 4 petang dalam keadaan mencurigakan di Kampung Jenob, Tanah Merah di sini.

Menurutnya, sejurus ditahan, anggota bertugas telah membuat pemeriksaan di dalam but kereta dan menjumpai 250 kilogram (kg) karkas babi hutan.

"Pemeriksaan lanjut ke dalam kereta itu pula menjumpai beberapa ekor musang pulut seberat 27kg yang dibungkus menggunakan surat khabar.

"Siasatan awal mendapati kesemua barangan itu mahu dibawa ke kawasan sempadan untuk diseludup ke negara jiran menggunakan pangkalan haram," katanya kepada pemberita di Markas Taktikal PGA Lubok Setol di sini pada Rabu.

Azhari berkata, ketika ditahan lelaki berkenaan gagal mengemukakan dokumen sah mengenai muatan yang berada dalam kereta dipandunya.

"Kesemua barangan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk siasatan dan tindakan lanjut.

"Kes disiasat bawah Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010," katanya.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan termasuk kenderaan dianggarkan berjumlah RM13,000.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!