Sultan Johor sumbang lebihan bayaran cukai kepada YSIJ

Sultan Ibrahim bersama delegasi daripada LHDN ketika pertemuan bersama baginda di Pejabat Mados Istana Bukit Pelangi pada Rabu. -Foto: Royal Press Office
Sultan Ibrahim bersama delegasi daripada LHDN ketika pertemuan bersama baginda di Pejabat Mados Istana Bukit Pelangi pada Rabu. -Foto: Royal Press Office
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbangkan keseluruhan lebihan cukai bagi pembayaran cukai di atas syarikat-syarikat milik Keluarga Diraja Johor kepada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

Sultan Ibrahim bertitah, lebihan pembayaran cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bernilai RM1.4 juta itu akan digunakan sepenuhnya untuk aktiviti sumbangan dan pelbagai bantuan kepada rakyat Johor yang dikelola YSIJ.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada LHDN di atas pemulangan lebihan bayaran cukai ini, di mana saya akan mengurniakan wang berkenaan kepada YSIJ.

"Usaha ini membolehkan YSIJ terus menyampaikan pelbagai sumbangan untuk rakyat bagi meringankan beban mereka khususnya yang banyak terkesan akibat pandemik Covid-19," titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas pertemuannya bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) LHDN, Datuk Mohd Jaafar Embong dan Pengarah LHDN Johor, Md Kamal Johan di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi di sini awal pagi Rabu.

Sejak April tahun lalu, Sultan Ibrahim bersama seluruh Keluarga Diraja Johor secara berterusan telah mengurniakan pelbagai bantuan termasuk bekalan makanan kepada golongan memerlukan di seluruh negeri ini.

Bantuan menerusi YSIJ itu juga turut melibatkan operasi membaiki semula kediaman rakyat yang rosak akibat beberapa insiden ribut dan kebakaran.

Artikel Berkaitan: