Abdul Latiff jawab bertulis isu naik taraf Kompleks Seri Perdana

Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.
Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pertanyaan lisan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Seri Mahfuz Omar berhubung projek naik taraf Kompleks Seri Perdana sebenarnya dijawab secara bertulis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Perkara itu disahkan oleh Abdul Latiff dalam kenyataan pada Rabu.

"Bukan (ditulis) Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.

Menurutnya, kompleks kediaman rasmi Perdana Menteri yang berusia hampir 22 tahun itu telah mengalami banyak kerosakan.

"Justeru, Jabatan Kerja Raya (JKR) telah membuat skop kerja-kerja baik pulih dengan kos keseluruhan RM38.5 juta termasuk kerja penggantian sistem pendawaian elektrik dan kebocoran atap Kompleks," katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan diluluskan pada Mac lalu sebelum kerja-kerja pembaikan dilakukan 29 Mac.

"Ia dijangka siap pada 7 Disember depan dan setakat hari ini, kerja-kerja baik pulih telah mencapai 74 peratus kemajuan berbanding 71 peratus seperti dalam jadual," katanya.

Media pada Selasa melaporkan Ismail Sabri dalam jawapan bertulisnya kepada Mahfuz menyatakan bahawa projek tersebut dilaksanakan selepas mengambil kira faktor keselamatan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ia untuk menjaga imej negara dalam menyambut tetamu utama negara semasa program rasmi Perdana Menteri.