Industri bank tentukan pemasangan mesin ATM

Gambar hiasan. - Foto 123rf
Gambar hiasan. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pemasangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di kawasan bandar atau luar bandar adalah tertakluk kepada pihak industri perbankan.

Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa berkata, ia kerana pihak industri perbankan mengambil kira pelbagai faktor termasuk kos penyelenggaraan dan tahap penggunaan sebagai justifikasi bagi pemasangan ATM di sesebuah kawasan.

"Sejak April 2020, fi bagi pengeluaran wang tunai telah dimansuhkan buat sementara waktu bagi memudahkan pengguna untuk mengeluarkan wang dari mana-mana ATM.

"Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, dalam usaha untuk meningkatkan rangkuman kewangan dan menambah baik penyediaan kemudahan akses perkhidmatan kewangan, pelbagai saluran atau strategi diguna pakai untuk memastikan orang ramai dapat mengakses perkhidmatan perbankan asas dengan mudah," katanya dalam sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang mahu tahu adakah kerajaan bercadang menetapkan satu peraturan tetap mengenai pemasangan mesin ATM di kawasan luar bandar.

Mengulas lanjut, Yamani Hafez berkata, kementeriannya dan Bank Negara Malaysia (BNM) menggalakkan orang ramai untuk menggunakan perkhidmatan kewangan yang berasaskan teknologi dan digital, seperti perbankan internet dan mudah alih, serta e-dompet kerana ia lebih selamat dan mudah.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui masih terdapat keperluan untuk penyediaan transaksi tunai, terutamanya untuk kawasan yang tidak mempunyai infrastruktur internet yang mencukupi dan stabil.

Artikel Berkaitan: