Spesies cicak baharu ditemui di Peru

Spesies cicak baharu ditemui di kawasan Landskap Simpanan Cotahuasi Subbasin, Peru baru-baru ini. - Foto AFP
Spesies cicak baharu ditemui di kawasan Landskap Simpanan Cotahuasi Subbasin, Peru baru-baru ini. - Foto AFP
A
A
A

LIMA - Beberapa saintis telah menemui spesies cicak baharu di Peru, kata sebuah agensi pemuliharaan kebangsaan pada Selasa.

Spesies itu yang diberi nama Liolaemus warjantay ditemui di kawasan pergunungan Andes pada ketinggian 4,500 meter, menurut kenyataan Perkhidmatan Kebangsaan Perlindungan Kawasan Semula Jadi negara itu.

Ia menyatakan bahawa sumbangan Peru dalam melindungi kawasan semula jadi kepada dunia adalah penemuan spesies baharu cicak.

Cicak itu mempunyai kepala yang berwarna kelabu.

Spesies betina haiwan itu pula mempunyai kelopak mata berwarna kuning.

Penemuan cicak itu didaftarkan beberapa minggu lalu dengan kerjasama bersama saintis dari Argentina, Chile dan Bolivia.

Kawasan penemuan spesies baharu haiwan itu ialah di Landskap Simpanan Cotahuasi Subbasin yang merupakan kawasan perlindungan di wilayah Arequipa di barat daya Peru. - AFP

Artikel Berkaitan: