X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Korea Utara uji peluru berpandu hipersonik baharu

Tentera Korea Selatan memaklumkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat dari provinsi barat laut Jagang ke arah timur.- Foto Reuters
A
A

SEOUL - Korea Utara pada Selasa menguji peluru berpandu hipersonik baharu dikenali Hwasong-8, lapor agensi berita Yonhap memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Akademi Sains Pertahanan Korea Utara menjalankan ujian itu dari Toyang-ri, Kaunti Ryongrim, Provinsi Jagang.

"Pembangunan peluru berpandu hipersonik, satu daripada lima tugas yang menjadi keutamaan dalam rancangan lima tahun di bawah bidang senjata strategik yang ditetapkan pada Kongres Parti kelapan,” menurut KCNA.

Pada Selasa, tentera Korea Selatan memaklumkan Korea Utara melancarkan peluru berpandu jarak dekat dari provinsi barat laut Jagang ke arah timur, tanpa memberikan butiran lanjut. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!