Penggantian injap paip selesai, bekalan air pulih secara berperingkat

Kerja penggantian injap paip selesai jam 6 pagi tadi.
Kerja penggantian injap paip selesai jam 6 pagi tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerja penyelenggaraan secara berjadual melibatkan penggantian injap paip di Taman Sri Indah Balakong, Inlet Cheras dan di hadapan pencawang pembahagi utama The Mines berjaya disiapkan mengikut jadual ditetapkan.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi kemas kini di Facebooknya berkata, kerja penyelenggaraan itu telah dimulakan jam 9 malam pada Selasa dan selesai jam 6 pagi tadi.

Menurutnya, bekalan air telah mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna.

"Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air.

"Air Selangor berharap pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar seperti dijadualkan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

"Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor," katanya.

Artikel Berkaitan: