Perhilitan pasang perangkap, kamera jejak harimau kumbang

Setakat ini hanya ada satu kes aktif membabitkan harimau di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Anak Air Durian Daun, Pondoi,Tampin. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Mat Wan Harun)
Setakat ini hanya ada satu kes aktif membabitkan harimau di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Anak Air Durian Daun, Pondoi,Tampin. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Wan Mat Wan Harun)
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan memasang satu unit perangkap di Kampung Anak Air Durian Daun, Pondoi, Tampin pada 3 September lepas untuk menangkap harimau kumbang.

Pengarahnya, Wan Mat Wan Harun berkata, pemasangan perangkap itu susulan aduan daripada seorang penternak kambing mendakwa haiwan peliharaannya dibaham harimau pada 2 September lalu.

"Kami sudah menghantar kakitangan Perhilitan ke lokasi kejadian bagi melakukan pemantauan selepas aduan diterima dan kamera perangkap (camera trap) dipasang berhampiran Hutan Simpan Tebong.

"Kamera itu diletakkan di lokasi dikenal pasti dalam tempoh sebulan bagi mengumpul maklumat, selain memastikan jumlah sebenar harimau yang berada di kawasan itu," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurutnya, setakat ini hanya ada satu kes aktif membabitkan harimau di Negeri Sembilan iaitu di Kampung Anak Air Durian Daun, Pondoi,Tampin.

"Sekiranya terdapat kejadian seumpamanya berlaku, orang ramai dinasihatkan segera melaporkannya kepada pihak Perhilitan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian difahamkan, harimau berkenaan didakwa membaham tiga ekor kambing milik seorang penternak berusia 63 tahun di kampung berkenaan dalam kejadian tengah malam 2 September lepas.

Artikel Berkaitan: