X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Jangan ubah skim pencen, penghargaan kepada penjawat awam

Omar
A
A

SHAH ALAM - Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas) berharap kerajaan mengekalkan skim pencen sedia ada meskipun pembayaran tersebut mencecah RM46.6 bilion pada 2030.

Presiden Kelab Pesara Kerajaan Malaysia (Kupekmas), Datuk Omar Osman berkata, ia merupakan satu-satunya penghargaan yang diberikan kepada pesara yang telah bertungkus lumus menjalankan tugas.

Menurutnya, Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) yang ditubuhkan perlu memainkan peranan penting dalam menjalankan tugasan dan membantu meringankan beban kerajaan terhadap skim pencen.

“Menjelang 2030, jumlah skim pencen ini memang agar besar tetapi bagi saya, inilah satu satunya penghargaan kepada penjawat awam yang pernah bertugas dalam kerajaan.

“Berdasarkan gaji penjawat awam, gajinya tidak besar, jadi apabila bersara nanti, kalau tiada pencen akan jadi lebih teruk. Ini kerana skim pencen merupakan satu-satunya yang meringankan beban pesara dari segi perubatan dan sebagainya.

“Jadi KWAP perlu bijak memainkan peranannya, mereka perlu jaga skim pencen dan hak pencen. Duit kita dilaburkan untuk bantu kerajaan dari segi pembayaran pencen dalam tempoh tertentu. KWAP ini perlu bijak menjalankan tugasan dalam memastikan pelaburan persaraan ditingkatkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Mengulas lanjut, Omar berkata, antara punca peruntukan semakin besar adalah disebabkan bilangan pesara yang semakin ramai.

Sekiranya terdapat usaha untuk menghentikan skim pencen, beliau mencadangkan agar kenaikan gaji dilakukan supaya tidak memberi kesan teruk kepada penjawat awam yang sedang berkhidmat.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!