X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 28 Oktober 2021

Malaysia ke suku akhir selepas benam Mesir

Tze Yong meraih mata dalam acara perseorangan lelaki ketika menentang Mesir.
A
A

SKUAD badminton negara mengesahkan tiket suku akhir selepas mudah membenam Mesir 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan D Piala Sudirman di Energia Arena 2, Vantaa, Finland sebentar tadi.

Biarpun menampilkan 'muka baharu' berbanding barisan pemain ketika aksi menentang England pada Isnin, Malaysia ternyata berada dalam kelas tersendiri untuk menjinakkan lawan mereka itu.

Mata pertama Malaysia disumbangkan beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan gandingan Ahmed Salah-Nour Ahmed Youssri 21-6, 21-7.

Perseorangan lelaki, Ng Tze Yong juga tidak banyak 'bermandi peluh' selepas melakar kemenangan 21-8, 21-2 ke atas Mohamed Mostafa Kamel.

Perseorangan wanita, Eoon Qi Xuan menyumbangkan mata ketiga Malaysia selepas mudah menewaskan Doha Hany 21-5, 21-7.

Beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula menewaskan Mohamed Mostafa Kamel-Ahmed Salah 21-7, 21-6 manakala beregu wanita, Teoh Mei Xing-Yap Ling menang 21-4, 21-9 ke atas Nour Ahmed-Doha Hany.

Pada Khamis, Malaysia akan membuat perhitungan dengan pasukan pilihan, Jepun bagi menentukan juara Kumpulan D.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!