Pegawai bank bakal didakwa menipu babitkan kerugian RM9,000

M.Zambri
M.Zambri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang pegawai bank akan didakwa atas pertuduhan menipu membabitkan kerugian RM9,000 pada tiga tahun lalu.

Menurut sumber, pada 27 Julai 2017, suspek seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun dipercayai memperdaya mangsa untuk membuat pelaburan Sijil Simpanan Premium (SSP) dengan setiap pelaburan berjumlah RM50,000, mangsa dijanjikan akan menerima pulangan sebanyak RM3,000 selepas 65 hari.

Sinar Harian difahamkan suspek telah mengubah maklumat di dalam sijil SSP dan mengesahkan pelaburan tersebut tidak wujud dan hanya direka olehnya.

Suspek dipercayai menjadikan wang pelaburan yang diserahkan mangsa untuk kegunaan peribadinya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa mengesahkan perkara terbabit.

Katanya, suspek berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan: