Singapura tuan rumah Piala AFF Suzuki 2020

Singapura diumumkan sebagai tuan rumah kepada kejohanan bola sepak ASEAN yang paling berprestij Piala AFF Suzuki 2020, yang akan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun hadapan.
Singapura diumumkan sebagai tuan rumah kepada kejohanan bola sepak ASEAN yang paling berprestij Piala AFF Suzuki 2020, yang akan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun hadapan.
A
A
A

SINGAPURA diumumkan sebagai tuan rumah kepada kejohanan bola sepak ASEAN yang paling berprestij Piala AFF Suzuki 2020, yang akan berlangsung dari 5 Disember hingga 1 Januari tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan secara ringkas dalam Facebook Piala AFF Suzuki pada Selasa.

Pada 21 September, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), Mejar Jen Khiev Sameth berkata, pada kali ini, kejohanan itu akan berlangsung di satu venue berpusat disebabkan ancaman Covid-19, berbanding format kandang dan tandang (home-and-away), bermula dari peringkat awal sehingga perlawanan akhir.

Kejohanan yang sepatutnya dianjurkan hujung tahun lepas, ditunda setahun disebabkan pandemik Covid-19.

Edisi kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B, bersama juara bertahan Vietnam, dan musuh tradisi Indonesia selain Kemboja dan Laos.

Tuan rumah Singapura akan berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang peringkat kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste.

Pasukan kebangsaan menjuarai kejohanan itu pada 2010 dan menduduki tempat kedua pada 1996, 2014 dan 2018, menjadi salah sebuah daripada empat negara yang pernah menjuarai kejohanan dwitahunan itu yang bermula pada 1996.

Thailand menjuarainya sebanyak lima kali (1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016), diikuti Singapura empat kali (1998, 2004, 2007 dan 2012) manakala Vietnam dua kali iaitu pada 2008 dan 2018. - Bernama

Artikel Berkaitan: