Sila log masuk terlebih dahulu.

Nasib Si 'Penghantar'

28 September 2021 | Wacana
A
A
A

Perubahan lanskap dalam struktur ekonomi akibat Pandemik menyebabkan peranan penggiat gig ekonomi ini menjadi lebih penting dan pastinya hak-hak mereka juga perlu dipertahankan.

Golongan penghantar makanan ini, mereka salah satu tenaga kerja utama bagi pekerjaan ekonomi gig di Malaysia yang dianggarkan kini mencecah 40,000 orang.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan dan menggalakkan lebih ramai anak muda untuk terlibat dalam perniagaan digital dan ekonomi gig kerana dilihat mampu menjana pendapatan yang baik ketika ini.

Kempen mempertahankan hak penghantar makanan di Malaysia perlu digerakkan termasuk memperjuangkan pindaan polisi mengiktiraf status penghantar makanan sebagai pekerja di bawah Akta Pekerjaan 1955.

Pekerja penghantar perlu menikmati hak sama dengan golongan pekerja lain termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Perkeso oleh majikan masing-masing.