NGO lapor SPRM isu penempatan guru besar SJKC

Omar (dua dari kiri) bersama ahli Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Negeri membuat laporan SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa berhubung pemilihan guru besar SJKC, hari ini.
Omar (dua dari kiri) bersama ahli Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Negeri membuat laporan SPRM berhubung penyalahgunaan kuasa berhubung pemilihan guru besar SJKC, hari ini.
A
A
A

MERU RAYA - Jawatankuasa Bertindak Pendidikan Negeri membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu penempatan tiga guru besar Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Kinta Utara.

Pengerusinya, Omar Bakar berkata, pihaknya menerima maklumat terdapat unsur salah guna kuasa bagi menentukan guru besar untuk ditempatkan di sekolah gred A yang mempunyai kekosongan jawatan itu.

Pihaknya mengesyaki ada pihak yang terlibat menerima bayaran tertentu dalam pemilihan dan penempatan guru besar berkenaan.

No Image Caption

"Apabila ada kekosongan di daerah Kinta Utara ini, guru senior yang berkelayakan tidak diberi keutamaan dan bertambah pelik apabila guru daerah lain seperti Batang Padang dan Teluk Intan pula dilantik mengisi kekosongan.

"Kita syak ada pegawai yang memainkan peranan dalam pemilihan guru besar, kita dapat maklumat kemungkinan sekolah kecil sekian bayarannya, sekolah besar sekian bayarannya untuk jadi guru besar," katanya ketika ditemui di pekarangan Pejabat SPRM Perak di sini, hari ini.

Omar berkata, pemilihan guru besar itu disyaki melibatkan syarikat pembekalan alat tulis yang mengatur pergerakan itu bagi mendapatkan tender di sekolah terlibat.

"Bila keadaan itu berlaku, kita syak ada unsur rasuah. Di sekolah besar (ramai murid) ini, pembekal-pembekal dapat mengaut keuntungan untuk bekalkan alat tulis hingga boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

Artikel Berkaitan:

"Bagi sekolah kecil, mereka tidak hairan sebab dana yang diterima kecil, jika mereka mahukan tender, mereka akan mengatur pergerakan penempatan guru besar berkenaan," katanya.

Beliau berharap SPRM dapat menyiasat kegiatan itu bagi mengelakkan banyak sekolah lain terlibat selain dapat membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.