Peniaga digalak perbaharui lesen dalam talian

MBPJ melancarkan Kempen Baharui Lesen Perniagaan 2022 yang akan bermula pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember depan
MBPJ melancarkan Kempen Baharui Lesen Perniagaan 2022 yang akan bermula pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember depan
A
A
A

PETALING JAYA - Seramai 27,025 pemegang lesen perniagaan termasuk 4, 287 usahawan mikro di kawasan Petaling Jaya kini boleh membuat pembaharuan lesen perniagaan mereka secara dalam talian.

Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam kenyataannya memaklumkan, sehingga kini sebanyak 5,668 daripada 13,207 atau 42.9 peratus pemegang lesen menggunakan perkhidmatan pembayaran dalam talian.

Menurutnya, peningkatan peratusan pembayaran secara dalam talian atau transaksi tanpa tunai ini menunjukkan penerimaan pelanggan terhadap inisiatif yang diperkenalkan oleh MBPJ.

Sehubungan itu, MBPJ melancarkan Kempen Baharui Lesen Perniagaan 2022 yang akan bermula pada 1 Oktober 2021 sehingga 31 Disember depan bagi menggalakkan pembaharuan lesen perniagaan dilakukan secara dalam talian.

"Dalam masa sama, semua pemegang lesen perniagaan perlu mengemas kini maklumat terkini perniagaan seperti e-mel, nombor telefon, penambahan aktiviti perniagaan dan iklan," kata kenyataan itu pada Selasa.

Dalam pada itu, MBPJ turut menyediakan tiga lokasi kiosk pembayaran lesen iaitu di Ibu Pejabat MBPJ, Menara MBPJ dan Pejabat Cawangan Petaling Jaya Utara di Sekyen 8, Kota Damansara yang beroperasi dari hari Isnin sehingga Ahad bermula jam 8 pagi sehingga 9 malam.

Menurutnya, pembayaran melalui kiosk ini boleh dibuat secara tunai dan kad bagi memberi keselesaan serta kemudahan semua pemegang lesen boleh mencetak sendiri lesen perniagaan bersaiz A4 secara dalam talian di pautan elesen.mbpj.gov.my dan dipamerkan di tempat yang mudah dilihat selaras dengan peruntukan Undang-undang Kecil Pelesenan (MBPJ) 2007 yang diguna pakai.

"Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk memperbaharui lesen perniagaan dan usahawan mikro 2022 secara dalam talian sebelum tamat tempoh lesen perniagaan," katanya.

Artikel Berkaitan: