Anwar cadang jawatankuasa Parlimen pantau RMK12

Anwar mencadangkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Gambar hiasan
Anwar mencadangkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12). Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) perlu ditubuhkan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang juga boleh berperanan meneliti ketelusan serta kemajuan semua program dan projek RMK12.

"Saya syorkan diwujudkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk memantau perjalanan badan kerajaan, juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) supaya lebih telus dan bertanggungjawab.

"Rancangan dalam RMK12 disebut inklusif, mampan. Namun, bagaimana ini berlaku jika tiada pemantauan dan apa makna memorandum persefahaman (MoU) jika tidak dapat bekerjasama memantau perjalanan,” katanya ketika membahaskan RMK12 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah Ahli Parlimen Port Dickson itu, jawatankuasa berkenaan penting untuk diwujudkan agar tindakan individu yang mentadbir GLC terlibat boleh dipantau dan dilaporkan di Parlimen.

"Saya harap perkara ini dapat pertimbangan khusus daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) kerana beliau telah menunjukkan kesediaannya dan sikap lebih terbuka.

"Tetapi janganlah ini retorik, apabila melibatkan penilaian ia tidak dapat dilakukan," katanya.

Artikel Berkaitan: