LHDN nafi 4 juta data bocor diperoleh daripada portal rasmi

No Image Caption
A
A
A

CYBERJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan laporan empat juta data yang bocor diperoleh daripada portal rasminya menggunakan Antara Muka Pengaturcaraan Aplikasi (API) yang dibuat untuk myIDENTITY.

LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya merupakan pengguna dan bukannya pemilik kepada sistem myIDENTITY tersebut.

Menurut kenyataan itu, siasatan dalaman telah dijalankan dan mendapati tidak berlaku sebarang kebocoran data serta maklumat seperti yang didakwa.

"Pihak LHDN sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk melihat semua kemungkinan berkenaan dakwaan tersebut.

"LHDN amat kesal dengan laporan dan dakwaan berkenaan kerana ia boleh menghakis keyakinan orang ramai khususnya pembayar cukai terhadap keselamatan data serta maklumat mereka," kata kenyataan itu pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Pangkalan data mengandungi 4 juta data rakyat Malaysia dijual

Dalam pada itu, LHDN turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan perkara yang tular selain tidak menolak kemungkinan ia dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan niat untuk mengelirukan dan menipu masyarakat.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan pengkalan data membabitkan empat juta dipercayai milik JPN dijual di forum pasaran data terkenal dengan tanda harga 0.2 BTC bersamaan sekitar RM35,495.

Artikel Berkaitan: