X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 23 Oktober 2021

Dua PATI ditemui diikat pada pokok getah

Batalion 7 PGA Kuantan menemui dua PATI warganegara Myanmar yang diikat pada sebatang pokok getah secara berasingan di Kampung Rahmat, Rantau Panjang pada Ahad.
A
A

RANTAU PANJANG - Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan menemui dua pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang diikat pada sebatang pokok getah secara berasingan di Kampung Rahmat di sini pada Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, kedua-dua lelaki itu ditemui semasa anggotanya melakukan rondaan rutin pada jam 10.30 malam.

"Semasa melakukan rondaan di Jalan Rantau Panjang-Panglima Bayu, anggota bertugas telah melihat dua lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan tersebut.

"Anggota bertugas telah menghampiri kedua-dua PATI itu dan bertindak melepaskan ikatan tersebut bagi tujuan pemeriksaan," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua lelaki itu mendapati mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri atau permit perjalanan yang sah.

Azhari berkata, pemeriksaan ke atas tubuh badan kedua-dua PATI itu juga tidak menjumpai apa-apa barangan salah dari segi undang-undang negara.

"Kedua-dua PATI itu dibawa ke Balai Polis Lubok Setol untuk membuat laporan polis bagi tindakan dan siasatan lanjut.

"Hasil soal siasat ringkas yang dijalankan, kedua-dua PATI itu memaklumkan bahawa kesemua barangan milik mereka berada dengan seorang lelaki yang tidak dikenali," katanya.

Azhari berkata, PGA tidak menolak kemungkinan lelaki yang memegang dokumen PATI itu bertindak sebagai ejen dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!