Tiga bintang EPL dalam skuad Scaloni

Emiliano Martinez
Emiliano Martinez
A
A
A

PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni memanggil tiga pemain La Albiceleste bagi perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 bulan depan, biarpun negara Amerika Selatan masih dalam senarai negara dimerahkan berikutan pandemik Covid-19 oleh kerajaan Britain.

Tonggak Tottenham Hotspur, Giovani Lo Celso dan Cristian Romero bersama penjaga gol sensasi Aston Villa, Emiliano Martinez antara pemain dalam senarai 30 pemain dipanggil untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Paraguay (laman lawan), Uruguay dan Peru (tempat sendiri) dari 8 hingga 15 Oktober.

Untuk rekod, mereka yang datang dari negara yang disenaraikan merah perlu menjalani proses kuarantin selama 10 hari yang menyaksikan ketiga-tiganya terlepas perlawanan EPL pada 16 dan 17 Oktober.

Pada Ogos, EPL membenarkan pemain-pemain dalam kalangan negara yang disenarai merah kembali beraksi bersama negara masing-masing walaupun berdepan beberapa peraturan kuarantin ketat kemasukan semula.

Bulan lalu, perlawanan kelayakan Piala Dunia Argentina menentang Brazil terpaksa ditangguhkan selepas pihak berkuasa kesihatan Brazil mendakwa beberapa pemain EPL melanggar peraturan Covid-19 yang dikenakan negara.

Artikel Berkaitan: