X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 01 Disember 2021

Keharmonian hijau kuning resipi Syazwan jaring dua gol

Syazwan (tengah) berjaya melepasi kawalan dua pemain KU FC pada aksi Piala Malaysia 2021 di Stadium Darul Aman pada Isnin. - Foto Kedah Darul Aman FC
A
A

PEMAIN sayap Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syazwan Zainon menyifatkan dua jaringannya membantu menewaskan Kelantan United (KU) FC 3-0 pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia 2021 adalah hasil kerjasama berpasukan.

Pemain berusia 31 tahun itu berkata, kemenangan pada aksi pertama yang diraih pada Isnin di Stadium Darul Aman diharapkan mampu memacu motivasi pasukannya untuk terus meraih kemenangan demi kemenangan pada perlawanan seterusnya.

Menurutnya berharap momentum yang diperoleh itu mampu diteruskan pada perlawanan kedua bertemu Melaka United (MU) FC pada Khamis ini di Alor Setar.

"Dua jaringan ini adalah bantuan dan gerakan dari rakan pasukan. Saya tidak letak sasaran (jaringan pada saingan Piala Malaysia 2021) kerana yang penting pasukan layak ke final.

"Keharmonian pasukan membuatkan saya seronok untuk bermain di sini. Barisan jurulatih yang baik dan sokongan pemain-pemain lain sentiasa memberikan sokongan sewaktu kita rasa putus asa membolehkan saya mampu bangkit kembali," katanya pada sidang akhbar di Stadium Darul Aman pada Isnin.

Mengulas lanjut, Syazwan tidak meletakkan harapan tinggi untuk dipanggil menyertai skuad kebangsaan jika prestasinya terus konsisten pada saingan Piala Malaysia kali ini.

Jelasnya akan menyahut panggilan Harimau Malaysia jika diperlukan namun buat masa sekarang keutamaannya adalah membantu skuad hijau kuning.

"Saya akui prestasi saya kadang-kadang tidak menentu namun saya mengharapkan momentum yang diperolehi ini akan dapat diteruskan terutamanya menjelang aksi menentang MU FC nanti.

"Kami juga tidak boleh berasa selesa dengan kemenangan ini kerana lawan lain pastinya akan memberikan tentangan sengit kepada kami selepas dianggap pasukan pilihan dalam Kumpulan C," ujarnya.

Syazwan kini bersama penyerang KL City FC, Romel Morales dan penyerang Sarawak United, Uche Agba muncul penjaring terbanyak Piala Malaysia 2021 selepas perlawanan pertama setakat ini.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!