Pekerja kilang samun kedai ditahan

Abdul Majid (kanan) menunjukkan jaket keselamatan polis ketika sidang akhbar di IPD Melaka Tengah, Banda Hilir, di sini, pada Selasa.
Abdul Majid (kanan) menunjukkan jaket keselamatan polis ketika sidang akhbar di IPD Melaka Tengah, Banda Hilir, di sini, pada Selasa.
A
A
A

MELAKA - Seorang pekerja kilang ditahan selepas dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes samun kedai serbaneka, kedai peralatan logam serta stesen minyak di sekitar daerah Melaka Tengah.

Ketua Polis Melaka, Datuk Abdul Majid Mohd. Ali berkata, suspek berusia 25 tahun ditahan ketika sedang bekerja di sebuah kilang di kawasan Perindustrian Bukit Rambai jam 5 petang pada 21 September lalu.

Menurutnya, berdasarkan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek bergerak secara solo dan menggunakan parang ketika menyamun bagi menakutkan mangsa selain menutup muka dengan kain.

"Modus operandi lelaki ini dengan menggunakan kereta jenis Ford untuk melakukan jenayah sejak Julai lalu dan suspek tidak tinggal secara tetap di satu-satu tempat.

"Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan tujuh kes samun kedai dengan nilai kerugian dianggarkan RM30,000, " katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, di Banda Hilir pada Selasa.

Abdul Majid menunjukkan kereta Ford yang digunakan suspekuntuk melakukan jenayah samun.
Abdul Majid menunjukkan kereta Ford yang digunakan suspekuntuk melakukan jenayah samun.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek turut menemui jaket keselamatan dan tali pinggang polis dipercayai digunakan untuk mengaburi pihak berkuasa.

"Suspek kini direman sehingga Khamis ini dan disiasat di bawah Seksyen 457 dan 392 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: