Warga emas mengaku salah lakukan amang seksual

Tertuduh (kiri) yang berusia berusia 61 tahun dikawal polis berjalan menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa untuk berdepan tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak kepada rakannya.
Tertuduh (kiri) yang berusia berusia 61 tahun dikawal polis berjalan menuju ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu pada Selasa untuk berdepan tuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak kepada rakannya.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki warga emas mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang juga anak kepada rakannya pada Jun tahun lalu.

Tertuduh, yang berusia 61 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan selesai dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Hukuman terhadap tertuduh bagaimanapun ditetapkan pada 20 Oktober ini.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu didakwa melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun sebulan di sebuah rumah di Pasir Puteh pada jam 2 petang, Jun tahun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman pemenjaraan maksimum 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada prosiding itu, Fariz tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh adalah rakan kepada bapa mangsa.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin.

Setakat jam 1 tengah hari, Selasa, tertuduh belum menjelaskan wang jaminan itu.