Covid-19: Kes baharu meningkat sedikit, 11,332 kes hari ini

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 kembali meningkat kepada 11,332 kes setakat jam 12 tengah hari pada Selasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat 247 kes atau 2.2 peratus adalah kategori tiga hingga lima.

Menurutnya, sebanyak 11,085 kes (97.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Sarawak kekal melaporkan kes tertinggi iaitu 2,358 kes diikuti Johor (1,319), Selangor (1,231) dan Kelantan (1,088).

"Lapan negeri yang masih merekodkan tiga digit jangkitan iaitu Sabah (965), Pulau Pinang (895), Kedah (819), Perak (678), Pahang (677), Terengganu (629), Melaka (303) dan Kuala Lumpur (240)," katanya dalam satu kenyataan.

Noor Hisham berkata, Negeri Sembilan pula merekodkan dua digit jangkitan iaitu sebanyak 89 kes, diikuti Putrajaya (19) Perlis (19) dan Labuan (tiga).

"Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah 2,220,526," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sebanyak 986 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 574 memerlukan bantuan pernafasan.

Artikel Berkaitan:

"Sejumlah 14,160 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kumulatifnya, 2,020,099 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 15 kluster baharu membabitkan sembilan kluster komuniti dan enam kluster tempat kerja.

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,447 kes dan 4,296 daripadanya telah diisytiharkan tamat, sementara 1,151 masih aktif," katanya.