Naik taraf kediaman rasmi PM demi keselamatan, imej

Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.
Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.
A
A
A

KUALA LUMPUR- Kerja-kerja ubah suai dan naik taraf Kompleks Seri Perdana dilakukan setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan Perdana Menteri.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan antara faktor lain termasuk memastikan imej negara dalam menyambut tetamu-tetamu utama negara semasa program-program rasmi Perdana Menteri.

"Pengubahsuaian ini meliputi skop-skop utama seperti penambahbaikan pendawaian elektrikal, mekanikal, serta sistem pendingin hawa dan pengubahsuaian struktur di Blok Kediaman Rasmi serta penggantian perabot-perabot rasmi yang telah uzur dan daif, sesuai dengan status kediaman rasmi Perdana Menteri Malaysia," memetik jawapan bertulis bertarikh 27 September itu.

Perdana Menteri menjawab soalan Datuk Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang ingin tahu mengenai status projek ubah suai kediaman rasmi Perdana Menteri ke-8 di Seri Perdana yang dikatakan membabitkan kos sebanyak RM30 juta.

Beliau juga ingin tahu apa justifikasi projek yang mewah ini perlu dibuat semasa rakyat sedang berperang dan terkesan dengan pandemik Covid-19 selain komponen dan skop yang terlibat.

Memetik jawapan bertulis itu lagi, status pengubahsuaian kediaman rasmi itu pada masa ini dilaksanakan sebagaimana dijadualkan di mana sehingga 31 Ogos lalu, prestasi semasa kerja-kerja pengubahsuaian telah mencapai 60 peratus kemajuan. - Awani

Artikel Berkaitan: