Indeks baharu ukur kos sara hidup rakyat akan diperkenal

Saifuddin (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2018 di Menara Bank Rakyat, di sini, hari ini.
Saifuddin (dua, kiri) ketika hadir pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2018 di Menara Bank Rakyat, di sini, hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan memperkenalkan indeks baharu untuk mengukur kos sara hidup rakyat terutamanya melibatkan harga barang bagi menggantikan kadar Indeks Harga Pengguna (IHP) yang diguna pakai ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, indeks baharu itu diyakini boleh memberikan bacaan yang lebih tepat berkaitan keadaan sebenar harga barang dan kos hidup rakyat di negara ini.

“Semalam KPDNHEP mengadakan mesyuarat bersama dengan Kementerian Kewangan untuk mengenai indeks untuk mengukur kos sara hidup rakyat.

“Daripada perbincangan yang diadakan itu, kita dapati IHP yang digunakan ketika ini tidak mencerminkan perkara sebenar (untuk ukur kos sara hidup), di mana kita menggunakan figure (angka) indeks inflasi rendah.

“Tetapi daripada satu sisi rendah(kadar inflasi) itu tidak dirasai dalam bentuk kehidupan sebenar rakyat di bawah terutamanya harga barang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) 2018 di Menara Bank Rakyat, di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin lagi, pelaksanaan indeks baharu itu bakal dibuat dalam masa terdekat melibatkan pelbagai agensi berkaitan.

“Usaha telah bermula membabitkan bahagian statistik, Khazanah Nasional Berhad, Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dan lain-lain,”katanya.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, langkah itu merupakan salah satu usaha kerajaan PH untuk membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat di negara ini.