JAS gempur kilang lebur skrap aluminium

JAS Selangor gempur sebuah kilang lebur skrap aluminium yang menjalankan operasi tanpa kebenaran di Alam Impian pada petang Isnin.
JAS Selangor gempur sebuah kilang lebur skrap aluminium yang menjalankan operasi tanpa kebenaran di Alam Impian pada petang Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor menggempur sebuah kilang lebur skrap aluminium berikutan menjalankan operasi tanpa kebenaran di Alam Impian di sini pada petang Isnin.

JAS dalam kenyataannya memaklumkan, hasil siasatan di kilang itu menemui beberapa jenis komponen enjin kenderaan yang sedia untuk dilebur bagi menghasilkan jongkong aluminium.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati, relau peleburan didapati tidak dipasang alat kawalan pencemaran udara serta tiada sebarang kelulusan JAS.

"Keadaan ini menyebabkan penduduk sekitar taman perumahan berhampiran diancam pencemaran bau dan habuk pada setiap hari," kata kenyataan itu dalam satu hantaran di Facebook JAS pada Selasa.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, tindakan serta-merta dilakukan dengan menahan operasi kelengkapan proses bagi menghentikan pencemaran telah diambil di bawah peruntukan Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

"Kertas siasatan telah dibuka bagi kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 22(1) Akta dan Peraturan-Peraturan yang berkaitan," jelas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: