Gunung berapi Lam Cumbre Vieja aktif semula

Gambar fail menunjukkan Gunung berapi Lam Cumbre Vieja di Kepulauan Canary menghamburkan debu pada 19 September lalu. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan Gunung berapi Lam Cumbre Vieja di Kepulauan Canary menghamburkan debu pada 19 September lalu. - Foto AFP
A
A
A

LOS LLANOS de Aridane - Sebuah gunung berapi, Lam Cumbre Vieja menghamburkan asap sekali lagi pada Isnin selepas 'berehat seketika' di Kepulauan Canary pada Isnin.

Gunung itu yang terletak di Pulau La Palma, Kepulauan Atlantik sebelum ini meletus pada 19 September lalu apabila menghamburkan lahar yang menunju ke arah laut.

Namun, pada pagi Isnin lalu, aliran lahar dan debu sudah terhenti.

Sebaliknya, beberapa jam kemudian gunung berkenaan menghamburkan debu, kata seorang koresponden AFP di tempat kejadian.

Institut GeoSains Madrid pada mulanya menyatakan aktiviti di gunung tersebut telah berkurangan pada pagi Isnin.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian gunung yang setinggi lebih 1,900 meter itu pula menghamburkan debu.

Jurucakap Institut Gunung Berapi de Canarias, Ivolcan, David Calvo berkata, hanya debu dihamburkan oleh gunung tersebut buat masa ini.

Kira-kira 300 penduduk yang tinggal di kawasan pantai diarahkan supaya tinggal di rumah masing-masing bagi mengelakkan ia menerima kesan gas beracun selepas lahar didapati telah sampai ke laut. - Agensi

Artikel Berkaitan: