Suami rentung, isteri dikejar ke hospital

Mangsa rentung dalam kebakaran di Kampung Gunsing Novunsu, Penampang pada Selasa.
Mangsa rentung dalam kebakaran di Kampung Gunsing Novunsu, Penampang pada Selasa.
A
A
A

PENAMPANG - Seorang lelaki warga emas rentung, manakala isterinya melecur dalam kebakaran rumah di Kampung Gunsing Novunsu di sini pada awal pagi Selasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa rentung dikenali sebagai Godfrey Tozuu Moligan, 90, sementara isterinya, Josepha Lojikim, 89, pula melecur di bahagian lengan, badan dan muka sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II untuk rawatan lanjut.

Empat lagi penghuni termasuk anak mangsa iaitu Claulis Tozuu, 68, Charlene Peter @ Peteh, 38, Cassella Peter, 33, dan Rojianah Taimpim, 35, sempat menyelamatkan diri.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.16 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan sebuah rumah separuh kekal dan terdapat enam penghuni di dalamnya.

"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Kota Kinabalu dan Lintas dikejar ke lokasi kejadian untuk operasi memadamkan kebakaran.

"Sebaik tiba, usaha memadamkan kebakaran segera dilakukan sehingga api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 5.56 pagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Farhan berkata, terdapat mangsa rentung dan seorang lagi cedera akibat kebakaran terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa yang melecur sempat diselamatkan oleh anaknya dan mengalami cedera di lengan dan sebahagian badan serta muka.

"Mangsa sedang menerima rawatan di hospital. Setakat ini keadaan mangsa belum dapat dipastikan sama ada kritikal atau sebaliknya," katanya.