Seludup 700kg ketum guna kontena

Ramli (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan ketum yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan kontena ketika sidang akhbar di Terminal Transit Kargo Antarabangsa, Padang Besar pada Isnin.
Ramli (dua dari kanan) menunjukkan bungkusan ketum yang cuba diseludup ke Thailand menggunakan kontena ketika sidang akhbar di Terminal Transit Kargo Antarabangsa, Padang Besar pada Isnin.
A
A
A

PADANG BESAR - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 menumpaskan cubaan menyeludup 700 kilogram ketum bernilai RM21,000 menggunakan dua kontena di Terminal Transit Kargo Antarabangsa di sini pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, serbuan pada jam 3 petang itu dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat dan membuat risikan selama seminggu.

Ketika serbuan, katanya, seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang juga pengurus kontena sedang mengisi ketum ke dalam kontena terbabit.

"Mereka membawa bungkusan ketum menggunakan motosikal atau lori lalu dikumpulkan di sini untuk dimasukkan ke dalam kontena sehingga penuh.

"Ini merupakan modus operandi terbaharu yang digunakan sindiket penyeludupan. Sebelum ini kita hanya dapat mengesan dan menangkap sindiket di dalam hutan berdekatan sempadan sahaja," katanya ketika sidang akhbar di Terminal Transit Kargo Antarabangsa di sini pada Isnin.

Beliau menjelaskan, pada asalnya semua kontena itu akan dibawa ke Thailand menggunakan lori atau kereta api dalam keadaan kosong.

"Kita menganggarkan, jika sebuah kontena ini diisi bungkusan ketum sepenuhnya, ia boleh mencapai berat sekitar tujuh tan ketum, tetapi ketika kita serbuan, kontena ini belum penuh dan baru di peringkat permulaan," ujarnya.

Ramli berkata, pihaknya menahan lelaki terbabit untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan merampas dua buah kontena termasuk sebuah motosikal.

Artikel Berkaitan: