Lelaki maut kereta terperosok di bawah treler

Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit selepas kereta dipandunya terperosok di bawah treler di Jalan Lama Panchang Bedena, Sabak Bernam pada pagi Selasa.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit selepas kereta dipandunya terperosok di bawah treler di Jalan Lama Panchang Bedena, Sabak Bernam pada pagi Selasa.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang lelaki berusia sekitar 30-an maut apabila kereta dipandunya melanggar sebuah treler membawa muatan sawit dan terperosok di bawah kenderaan berat berkenaan dalam kejadian di Jalan Lama Panchang Bedena di sini pada pagi Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5 pagi.

Beliau berkata, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke tempat kejadian.

"Laporan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu mangsa melanggar sebuah treler muatan sawit yang dipercayai keluar dari pusat timbang sawit.

"Akibat kemalangan itu, kereta dipandu mangsa terperosok di bawah treler menyebabkan mangsa tersepit di bahagian kereta remuk," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, sehingga kini anggota bomba masih berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di tempat kejadian," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: