X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Stesen Mek Awey galak anak muda ceburi perniagaan

Wan Roslan (belakang, tiga dari kanan) semasa hadir merasmikan memorandum persefahaman Stesen Mek Awey di Tunjong pada Isnin.
A
A

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan memperkenalkan platform Stesen Mek Awey bagi menggalakkan golongan anak muda di negeri itu menceburi bidang perniagaan.

Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, platform tersebut merupakan salah satu usaha kerajaan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan muda menerusi perniagaan.

"Sebagai permulaan kerajaan negeri menerusi Uresetia Belia dan Sukan (Ubes) menjalinkan kerjasama dengan lima pemilik pembekal makanan iaitu Ko-Ummah, Mr Tako, Sudepo Fried Chicken, Brew Street Coffee dan Syukor Burger," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) Stesen Mek Awey di Tunjong pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Kelantan, Nasruddin Mahmud Muhaidin.

Menurutnya, bantuan modal berjumlah RM2,000 hingga RM5,000 diperuntukkan oleh Ubes kepada pihak pembekal dalam menyediakan kelengkapan bagi golongan muda yang terpilih untuk memulakan perniagaan.

Beliau berkata, Stesen Mek Awey yang bertempat di District 50, Bandar Baru Tunjong itu akan memulakan operasinya pada 12 Oktober depan.

Wan Roslan berkata, konsep Stesen Mek Awey di Tunjong itu menggunakan sistem pandu lalu dan pembelian terus di kaunter.

Katanya, Ubes bercadang untuk memperluaskan konsep ini ke seluruh negeri dalam usaha memperkasakan lagi ekonomi untuk golongan belia.

"Ubes tidak menolak kemungkinan untuk melibatkan lebih ramai pembekal dalam memperluaskan lagi peranan Stesen Mek Awey pada masa akan datang," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!