Ahli perniagaan ditipu lebih RM12,000 sindiket pelaburan Forex

Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM12,000 akibat ditipu dalam urusan pelaburan pertukaran matawang asing Forex Veonco yang disertai sejak Disember lalu. - Gambar hiasan
Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM12,000 akibat ditipu dalam urusan pelaburan pertukaran matawang asing Forex Veonco yang disertai sejak Disember lalu. - Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang ahli perniagaan mengalami kerugian lebih RM12,000 akibat ditipu dalam urusan pelaburan pertukaran matawang asing Forex Veonco yang disertai sejak Disember lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 30 tahun itu terpedaya dengan modus operandi sindiket tersebut yang menawarkan pulangan tinggi sehingga 10 peratus setiap bulan.

"Mangsa berminat memasuki pelaburan forex yang ditawarkan oleh rakannya dengan mengatakan pelaburan tersebut dikawal oleh syarikat Veonco yang terletak di United Kingdom (UK) dan menjanjikan keuntungan sebanyak 10 peratus setiap bulan.

"Mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM12,800 ke dalam akaun syarikat tersebut dan dia telah dapat pulangan sebanyak RM10,000," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Farouk berkata, mangsa yang teruja turut mengajak saudara-mara dan rakan-rakannya untuk menyertai pelaburan tersebut.

"Mangsa juga mengajak saudara-mara dan kawan-kawannya turut serta dalam pelaburan tersebut dengan membuat bayaran ke dalam lima akaun berlainan dan secara tunai kepada syarikat terbabit," katanya.

Menurutnya, setakat ini hanya satu laporan yang diterima pihak polis berkaitan pelaburan berkenaan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Kes telah dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan kes telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) atas sebab tiada pembuktian yang mencukupi dan keterangan yang bercanggah," ujarnya.

Artikel Berkaitan: