82 mangsa banjir di Sungai Siput masih ditempatkan di PPS

Banjir dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Plus di Kampung Lintang yang dilaporkan menghampiri paras berbahaya iaitu 54.79 meter setakat petang Isnin. - Foto ihsan pembaca
Banjir dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Plus di Kampung Lintang yang dilaporkan menghampiri paras berbahaya iaitu 54.79 meter setakat petang Isnin. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Seramai 82 mangsa banjir daripada 21 keluarga di Sungai Siput masih ditempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat Isnin malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, PPS Dewan Lintang telah ditutup dan mangsa banjir dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Rancangan Perumahan Terancang Tok Sirat.

"Setakat ini, seramai 59 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS itu manakala seramai 23 mangsa daripada tujuh keluarga pula masih berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan Lasah," menurutnya dalam kenyataan di sini.

Banjir sedalam hampir satu meter melanda Kampung Chior dan Kampung Tok Sirat di Lasah serta Kampung Lintang pada kira-kira 8.30 malam Isnin menyebabkan penduduk terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS selepas kediaman mereka dinaiki air.

Bencana itu dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Plus di Kampung Lintang yang dilaporkan menghampiri paras berbahaya iaitu 54.79 meter setakat petang Isnin. - Bernama

Artikel Berkaitan: