AS kembali julang Piala Ryder

Skuad AS berjaya mengakhiri dominasi Eropah pada saingan Piala Ryder tahun ini.
Skuad AS berjaya mengakhiri dominasi Eropah pada saingan Piala Ryder tahun ini.
A
A
A

PASUKAN golf Amerika Syarikat (AS) kembali menjulang Piala Ryder selepas membenam cabaran Eropah dengan keputusan 19-9 di Whistling Straits, Wisconsin.

Kapten AS, Steve Stricker berkata, kejayaan yang dicapai itu bersandarkan kepada komitmen tinggi setiap pemain dalam memburu kejuaraan kali ini.

"Tiada kata-kata. Ini adalah aksi terbaik sepanjang zaman. Mereka hadir dengan penuh perasaan, tenaga, dan pengalaman. Mereka amat hebat," kata Stricker.

Pemain nombor tiga dunia berusia 24 tahun, Collin Morikawa mencuri tumpuan apabila memberikan setengah mata kemenangan AS apabila terikat dengan Viktor Hovland.

Morikawa merupakan salah seorang daripada lapan pemain berusia 20-an menggalas cabaran pasukan AS yang menampilkan sembilan pemain dalam kelompok 11 terbaik dunia.

Kemenangan AS kali ini menghalang Eropah daripada meraih kejuaraan kelima mereka dalam enam edisi terakhir Piala Ryder.

Artikel Berkaitan: